MISI BANTUAN BANJIR 2021 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » MISI BANTUAN BANJIR 2021

MISI BANTUAN BANJIR 2021

Pada awal Januari 2021, Negara kita digemparkan dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Banjir yang melanda di beberapa negeri khususnya Negeri Pahang telah meninggalkan kesan yang besar kepada penduduk terutamanya kemusnahan harta benda, pertanian, penternakan, kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, jalan keretapi, bekalan elektrik, telefon dan kekurangan bekalan asas seperti makanan, pakaian dan air bersih. Begitu juga banjir yang berlaku di Pondok At Tajuddin Raudathus Solihin telah menjejaskan pengajian mereka. Pondok ini mempunyai 25 pelajar yang terdiri daripada anak anak yatim dan anak anak dari keluarga yang susah. Mereka ditempatkan di sini untuk menimba ilmu pengetahuan khususnya menghafal Al Quran.
Berpegang kepada hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” Jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada Pusat Islam Universiti, UPM, Sahabat Masjid UPM, JK Masjid Jamek Qaryah Serdang dan Putra Bakti UPM telah mengadakan Misi Bantuan Banjir ke Pondok At Tajuddin Raudathus Solihin, Kampung Bukit Pampung, Raub Pahang. Misi yang dianjurkan ini disertai seramai 23 sukarelawan yang terdiri daripada staf UPM, pelajar UPM dan ahli kariah Serdang. Antara bentuk bantuan yang telah disumbangkan adalah mengagihkan barangan keperluan seperti beras, gula, biskut, susu, minyak masak, tilam, selimut dan lain lain. Sejumlah wang yang dikumpulkan juga telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti, Tn, Hj. Mat Razi Abdullah kepada pengetua pondok berkenaan. Aktiviti yang dilaksanakan seperti membersihkan kolam mandi pelajar, surau, dan membaik pulih tandas asrama serta bangunan-bangunan sekolah yang telah rosak dan musnah akibat banjir. Alhamdulillah program ini telah berjaya diadakan dan semoga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan bagi meringankan bebanan mangsa banjir serta memberi peluang kepada warga UPM khsusnya untuk menimba pengalaman dan menabur bakti selaras dengan Moto Universiti “Berilmu Berbakti”
 

Date of Input: 06/04/2021 | Updated: 06/04/2021 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXETPAQ~