
Serdang, 24 September 2025 — Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi lokasi pilihan bagi pelaksanaan program khidmat masyarakat bertemakan Pengakap Santuni Masjid, anjuran Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS), Putrajaya. Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang pelajar pengakap bersama tiga orang guru pengiring, dengan objektif utama memperkasa nilai kepimpinan, pengurusan program, dan semangat bakti kepada masyarakat luar kalangan pelajar.
Sepanjang program yang berlangsung sehari penuh ini, para peserta didedahkan kepada pengalaman langsung mengurus aktiviti komuniti berteraskan nilai murni dan keagamaan. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar masjid, termasuk ruang solat, perkarangan luar, dan laluan pejalan kaki. Aktiviti ini bukan sahaja memberi impak positif kepada kebersihan dan imej masjid, malah turut memupuk rasa tanggungjawab dan kerjasama dalam kalangan peserta.

Pemilihan Masjid UPM sebagai lokasi program adalah bertepatan dengan hasrat untuk memperkenalkan pelajar kepada suasana kampus dan budaya khidmat komuniti yang aktif.
Pihak pengurusan Masjid UPM turut menyambut baik kehadiran para peserta dan berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha memperkukuh jaringan antara institusi pendidikan dan masyarakat kampus.
Date of Input: 26/09/2025 | Updated: 26/09/2025 | asmunir

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum