Perbincangan Bersama Institut Fatwa Dan Halal (IFFAH) USIM Dan Pusat Islam UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Perbincangan bersama Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM dan Pusat Islam UPM

Perbincangan bersama Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM dan Pusat Islam UPM

Nilai, 21 Februari - Perbincangan bersama Pusat Islam UPM dan Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM telah diadakan bertempat di Pejabat IFFAH USIM.
 
Perbincangan ini dihadiri oleh Encik Zuhaimi bin Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam bersama pegawai pendaftar (Hal Ehwal Islam),Ustaz Mohamad Alif Mursyid bin Husry.
Pengarah Pusat Islam disambut oleh Timbalan Pengarah IFFAH, Prof. Madya Dr Mohd Mahyeddin Mohd Salleh bersama Penyelaras IFFAH, Dr. Muhammad Firdaus Ab Rahman.
 
Antara yang dibincangkan adalah cadangan penganjuran kursus jangka pendek berstruktur dan dilaksanakan dengan kaedah bersiri seperti Sijil Pengajian Islam yang akan dijalankan secara bersama antara IFFAH USIM dan Pusat Islam UPM.
 
Semoga inisiatif ini dapat mempertingkatkan keberkesanan penganjuran program dalam usaha menyebarluaskan perkongsian ilmu yang pastinya akan memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Date of Input: 22/02/2023 | Updated: 22/02/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbFAh~