Perdana Menteri Solat Jumaat Dan Santuni Jemaah Masjid UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Perdana Menteri Solat Jumaat Dan Santuni Jemaah Masjid UPM

Perdana Menteri Solat Jumaat Dan Santuni Jemaah Masjid UPM

SERDANG, 3 Mac – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg Dato’ Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman bersama para jemaah menyambut meriah ketibaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Masjid UPM bagi menunaikan solat Jumaat hari ini.
Jemaah daripada pelbagai peringkat umur tidak melepaskan peluang bersalaman serta merakam gambar kenangan bersama Dato’ Seri Anwar yang tiba kira-kira jam 1.30 petang diiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amiruddin Shari.
 
Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin.
Prof. Dr. Mohd. Roslan berkata, beliau berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di Masjid UPM.
 
"Alhamdullilah kami rasa amat bertuah di atas kesempatan Perdana Menteri untuk singgah di sini untuk solat bersama ahli kariah Serdang,” katanya.
 
Perdana Menteri turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Ajaran Sempurna, Anak-anak Terpelihara’ yang disampaikan oleh khatib bertugas Ustaz Mohd Hafiz Ghazali dari Pusat Islam UPM di hadapan kira-kira 3,000 jemaah manakala solat Jumaat diimamkan Ustaz Amir Ikmal Khairul Anuar.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam lawatannya turut meluangkan masa menyantuni warga kariah di sini serta menjamu selera di Medan Selera Sri Serdang.

Date of Input: 06/03/2023 | Updated: 06/03/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbKAw~