PROGRAM MUSAFIR HANA MASJID UPM 2022 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » PROGRAM MUSAFIR HANA MASJID UPM 2022

PROGRAM MUSAFIR HANA MASJID UPM 2022

MASJID UPM,6 Oktober - Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil menyediakan kemudahan beriktikaf di masjid UPM kepada para ahli keluarga yang bermusafir di UPM bagi urusan kemasukan pendaftaran pelajar baharu UPM sesi 2022/2023.
 
Program yang diberi nama Musafir Hana turut menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari secara percuma serta kemudahan pengangkutan kepada musafir yang tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anaknya ke tempat pendaftaran.
Menariknya, pelajar baharu dari Jerman turut singgah ke Masjid UPM dan menikmati makan tengahari yang telah disediakan sebelum pendaftaran.
 
Di samping itu, Musafir Hana dapat merapatkan hubungan antara sukarelawan dengan para ibu bapa dan pelajar yang datang dari jauh untuk mendaftar kemasukan baru di UPM.
 
Program ini menjadikan Masjid UPM sebagai Pusat Perkhidmatan pembangunan ummah yang sentiasa relevan menerusi aktiviti pengimarahan masjid dan kesejahteraan komuniti.
Pusat Islam UPM juga mendapat kerjasama Sahabat Masjid UPM, Jawatankuasa Kariah Serdang, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) bagi meraikan ibu bapa dan ahli keluarga yang menyertai Musafir Hana ini.

Date of Input: 11/10/2022 | Updated: 11/10/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbAAL~