PROGRAM MUSAFIR HANA SANTUNI KELUARGA GRADUAN UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » PROGRAM MUSAFIR HANA SANTUNI KELUARGA GRADUAN UPM

PROGRAM MUSAFIR HANA SANTUNI KELUARGA GRADUAN UPM

UPM Serdang, 01 Disember - Bersempena Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Putra Malaysia, Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Sahabat Masjid UPM menyediakan program “Musafir Hana” bermula 25 November hingga 2 Disember 2022 dan bertempat di Masjid UPM. Masjid UPM telah menyediakan platform untuk para musafir beriktikaf di masjid pada waktu malamnya di samping menyediakan jamuan (sarapan pagi dan makan tengah hari) secara percuma kepada yang datang ke Masjid UPM.

Program ini juga dibantu oleh sukarelawan daripada pelajar Persatuan Mahasiswa Islam UPM untuk memudahkan para graduan dan keluarga yang bermalam di Masjid UPM.

Di samping itu, ianya dapat merapatkan ukhuwwah antara sukarelawan dengan para ibu bapa dan pelajar yang datang dari jauh untuk hadir ke majlis konvokesyen. Program ini menjadikan Masjid UPM sebagai Pusat Perkhidmatan pembangunan ummah yang sentiasa relevan menerusi aktiviti pengimarahan masjid dan kesejahteraan komuniti. Sekaligus dapat mengimarahkan dan meningkatkan kapasiti Masjid UPM sebagai institusi pembangunan ummah dengan melibatkan penyertaan mahasiswa, staf dan masyarakat setempat.
 
YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Sulaiman, Naib Canselor UPM dan beberapa orang Tetamu Kehormat turut singgah menjamu selera makan tengahari selepas selesai majlis konvokesyen pada hari kelima.
 

Date of Input: 01/12/2022 | Updated: 01/12/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXDcRAU~