PROGRAM TAHSIN AL-FATIHAH | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » PROGRAM TAHSIN AL-FATIHAH

PROGRAM TAHSIN AL-FATIHAH

 
 
 
Bersempena ambang Ramadan yang bakal menjelang dan sambutan 50 tahun UPM ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dengan kerjasama pihak Kolej-Kolej kediaman UPM, Pusat Islam UPM dan Geng Ngaji Global akan menganjurkan Program Tahsin Al-Fatihah bermula pada 22 Mac 2022 sehingga 1 April 2022.
Selaras dengan sambutan 50 tahun UPM, program Tahsin Al-Fatihah ini melibatkan 50 orang pelajar dalam setiap 50 kumpulan dengan jumlah keseluruhan seramai 2,500 orang pelajar.
Setiap pelajar yang berjaya menjalani Tahsin Al-Fatihah akan diberikan 1 mushaf al-Quran yang bernilai lebih RM50 bagi menjayakan program Tadarrus sepanjang bulan Ramadan di bawah kendalian pihak Geng Ngaji Global.
Tahniah kepada semua peserta serta setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih pihak Kolej-Kolej Kediaman UPM, Pusat Islam UPM dan Geng Ngaji Global.
 
 

Date of Input: 28/03/2022 | Updated: 28/03/2022 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEaGAc~