Serdang, 19 Jun 2024 - Program Ibadah Korban Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tahun 2024 telah dilaksanakan dengan jayanya di Masjid UPM. Sebanyak 17 ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini, termasuk satu ekor lembu sumbangan daripada RHB Bank dan dua ekor lembu daripada UPM Holding.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau turut menekankan kepentingan ibadah korban dalam mengeratkan silaturrahim dan membantu golongan yang memerlukan.
Agihan daging korban telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim. Semua yang hadir turut berpeluang menikmati jamuan makan yang disediakan selepas program korban selesai. Program ini diharap dapat terus menjadi platform untuk UPM dan masyarakat sekitar untuk bersama-sama berkongsi rezeki dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Date of Input: 24/06/2024 |
Updated: 24/06/2024 | asmunir
MEDIA SHARING