Solat Sunat Aidiladha & Program Korban Masjid UPM 2026 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Solat Sunat Aidiladha & Program Korban Masjid UPM 2026

Solat Sunat Aidiladha & Program Korban Masjid UPM 2026

Serdang, 27 Mei 2026 – Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) telah meraikan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran dan semangat kebersamaan. Lebih daripada 2,000 jemaah hadir menunaikan Solat Sunat Aidiladha pada pagi raya pertama, sebelum bersama-sama menyertai Program Korban yang dijalankan di perkarangan masjid.

Sebanyak 17 ekor lembu telah ditumbangkan pada tahun ini, termasuk satu ekor yang merupakan sumbangan daripada RHB Bank. Daging korban diagihkan kepada 16 orang asnaf terpilih, dan daging-daging korban juga diagihkan kepada jemaah yang hadir, melambangkan keprihatinan pihak masjid terhadap golongan yang memerlukan serta meraikan semangat kebersamaan.

Program turut diserikan dengan aktiviti gotong royong memasak daging korban untuk dinikmati oleh jemaah yang hadir. Seramai 200 orang sukarelawan terdiri daripada staf, pelajar UPM, serta komuniti jemaah Masjid UPM berganding bahu memastikan kelancaran perjalanan program.

Pengarah Pusat Islam UPM, Encik Zuhaimi Abd Rahim, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya para sukarelawan dan penyumbang, atas usaha menjayakan program yang bukan sahaja memperkukuh ibadah korban, tetapi juga mengeratkan ukhuwah warga kampus.

Date of Input: 27/05/2026 | Updated: 27/05/2026 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
X, (05:25:14am-05:30:14am, 01 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]